SATU sidang media khas berhubung perkembangan penularan pandemik COVID-19 akan diadakan pada pukul 4 petang ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi jemputan kepada media.
Sidang media khas itu akan dilaksanakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di bangunan KKM.
Ia juga merupakan sidang media khas pertama sejak Dzulkefly dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan.
Jangkitan COVID-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.
Melalui hantaran di platform X yang dikongsi Dzulkefly, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.
Baca artikel lain: Masjid, surau diseru titik berat semula SOP COVID-19
Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.
Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.
Dalam pada itu, infografik sama turut menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, dengan tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes.
Jumlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak awal bulan ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

