SEORANG lelaki warga tempatan bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai menetak seorang wanita dengan parang di kawasan Jalan Raja Uda, Butterworth, pagi tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/2486
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya telah menerima maklumat kira-kira pukul 11.10 pagi mengenai insiden tersebut.
Menurut Mohd Asri, mangsa berusia 42 tahun itu telah mengalami kecederaan parah di belakang leher dan bahu telah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.58 pagi dan dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat.
“Sebaik mendapat maklumat, pegawai penyiasat kes bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara telah hadir ke lokasi mayat dijumpai.
Baca artikel lain: Warga emas, penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Ampang
“Pasukan forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, turut hadir di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan itu, didapati ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian berkenaan, selain terdapat saksi melihat insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Asri memberitahu, pihaknya kemudian menjejaki suspek sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an.
“Selepas kejadian itu, suspek didapati terjun dari Jambatan Pulau Pinang tetapi berjaya diselamatkan orang awam dan diserahkan kepada polis. Suspek kini menerima rawatan di hospital berhampiran,” katanya.
Dalam insiden yang turut tular, suspek kemudiannya didakwa melarikan diri dengan menunggang motosikal apabila orang awam mengejarnya selepas kejadian itu berlaku.
Namun begitu, suspek berhenti di tepi jalan di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum bertindak terjun.
Lelaki tersebut berjaya diselamatkan bot nelayan yang berada di bawah jambatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

