Mekanik cuba culik kanak-kanak warga Singapura ditahan

Dari Penulis

SEORANG mekanik yang menjalankan perniagaan sendiri di rumah ditahan polis susulan cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun pada 12 Disember lalu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/2518

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, suspek merupakan seorang mekanik berusia 41 tahun itu telah ditahan pada hari sama kejadian di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bahru.

Menurut beliau, lelaki tersebut kemudiannya direman tujuh hari bermula 13 Disember hingga semalam.

“Dia telah dituduh di Mahkamah Majistret di Johor Bahru semalam mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan sedang dalam perbicaraan.

“Pihak polis juga giat memburu tiga lagi suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut yang berusia lingkungan 30-an,” katanya.

Mengulas lanjut, Raub memberitahu, suspek utama yang ditahan itu merupakan rakan kongsi perniagaan bapa mangsa.

Baca artikel lain: Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan

Katanya, suspek utama itu dipercayai merancang penculikan bersama tiga lagi individu.

Jelas Raub, suspek utama merancang melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada bapa mangsa iaitu seorang warga China berstatus penduduk tetap Singapura.

“Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya menangkap suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal di Singapura melaporkan kejadian kanak-kanak tujuh tahun itu yang cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah Proton Wira Aeroback tanpa sebarang nombor pendaftaran.

Laporan berkenaan turut menyiarkan wajah bapa kanak-kanak tersebut yang dilaporkan mengalami beberapa kecederaan ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada diculik.

Kenderaan suspek kemudian beredar sebelum bapa mangsa menemukan kenderaan itu ditinggalkan di tepi jalan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian rempuh.

Dia kemudian menemukan anaknya berseorangan di dalam kenderaan itu, manakala semua suspek berjaya melarikan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This