Wanita maut ditetak di Butterworth ada hubungan kekeluargaan dengan suspek

Dari Penulis

SEORANG wanita yang maut akibat ditetak di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth, pagi semalam disahkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie memaklumkan, hasil siasatan mendapati wanita tersebut adalah ibu saudara kepada suspek.

Menurut Mohd Asri, suspek berusia 29 tahun yang ditahan selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kita menahan reman suspek di hospital terbabit.

“Setakat ini siasatan mendapati si mati mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu ibu saudara suspek. Polis masih menyiasat motif suspek menetak mangsa,” katanya seperti dilapor BH Online.

Semalam, UtusanTV melaporkan seorang lelaki warga tempatan bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai menetak seorang wanita dengan parang.

Baca artikel lain: Wanita ditetak hingga maut, suspek ditahan lepas terjun Jambatan Pulau Pinang

Mohd Shafie dalam kenyataan semalam memberitahu, pihaknya telah menerima maklumat kira-kira pukul 11.10 pagi mengenai insiden tersebut.

Jelasnya, mangsa berusia 42 tahun itu telah mengalami kecederaan parah di belakang leher dan bahu telah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.58 pagi dan dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat.

Dalam insiden yang turut tular, suspek kemudiannya didakwa melarikan diri dengan menunggang motosikal apabila orang awam mengejarnya selepas kejadian itu berlaku.

Namun begitu, suspek berhenti di tepi jalan di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum bertindak terjun.

Lelaki tersebut berjaya diselamatkan bot nelayan yang berada di bawah jambatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This