Bunuh ibu saudara: Operator kilang didakwa di hospital

Dari Penulis

Seorang operator kilang hari ini didakwa di katil Hospital Pulau Pinang (HPP) atas tuduhan membunuh seorang wanita pada Selasa lepas.

Ong Kok Bu, 29, dari Taman Seri Pinang, Butterworth mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majisret Siti Zulaika Nordin @ Ghandi dari Mahkamah Majistret Butterworth.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ong yang ditempatkan di wad ortopedik HPP,  telah dihantar ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang sejurus selepas dikatakan melakukan perbuatan itu pada Selasa lepas. 

Ong didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42, di hadapan sebuah kedai di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth kira-kira pukul 10.55 pagi pada 19 Dis lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati  atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Zulaika menetapkan 25 Mac depan untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This