Pelaburan Jepun cerminkan keyakinan terhadap masa depan Malaysia – Anwar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Langkah Kerajaan Jepun untuk meningkatkan jumlah pelaburan di Malaysia memberi isyarat positif keyakinan terhadap masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan bernilai tinggi itu juga secara tidak langsung memberi impak positif kepada rakyat Malaysia.

Perkara itu juga jelas beliau adalah selaras dengan keutamaan Kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

“Keputusan syarikat-syarikat Jepun untuk melabur kira-kira RM6.56 bilion akan meningkatkan pelaburan Jepun di Malaysia sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini. 

“Ini mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia. Pelaburan bernilai tinggi ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi yang sama rata untuk lebih ramai rakyat Malaysia, selaras dengan keutamaan Kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan NIMP 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Kerajaan jamin selesai isu bakal guru belum dapat penempatan – PM Anwar

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah menamatkan lawatan kerja lima hari ke Tokyo, Jepun, pada 16 hingga 21 Disember.

Dalam lawatan kerja itu, Perdana Menteri telah menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, selain menghadap Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako; pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida; dan diaspora Malaysia di Jepun. 

Beliau juga turut berucap pada Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC).

Jadual Perdana Menteri yang padat itu secara tidak langsung mencerminkan betapa kukuhnya persahabatan yang terjalin dengan Jepun sejak sekian lama dan juga kestabilan politik baharu dan prospek pertumbuhan dan transformasi ekonomi yang cerah di Malaysia. 

Perdana Menteri juga telah mengadakan mesyuarat bersemuka dengan syarikat Jepun RoHM Wako, NEC Co. Ltd. (Toshiba), dan Mitsui & Co. Ltd serta turut menghadiri persidangan meja bulat dengan 25 syarikat Jepun yang menzahirkan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

Dalam pada itu, Pedana Menteri turut menzahirkan keyakinan terhadap masa depan Malaysia-Jepun pada 2024. 

Katanya, Kerangka Ekonomi MADANI menzahirkan kemakmuran bersama untuk semua yang komited terhadap agenda transformasi Kerajaan MADANI. 

“Saya optimistik sekiranya jika semua rakyat bersatu dan bekerjasama dalam merealisasikan wawasan ini, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi,” tambah Perdana Menteri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This