PENULARAN jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan sebanyak 29.5 peratus kepada 22,413 kes di seluruh negara pada Minggu Epidemiologi ke-51.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan itu dilaporkan antara 17 hingga 22 Disember lalu.
Jelas beliau, jangkitan COVID-19 melonjak berbanding 17,307 kes yang dilaporkan pada minggu epidemiologi sebelum itu antara 10 hingga 15 Disember.
Bagaimanapun, Dr Dzulkefly berkata, jumlah kes kematian akibat COVID-19 menurun sebanyak 23.1 peratus iaitu dari 26 kepada 20 kes kematian.
“Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada minggu epidemiologi ke-50 bagi pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5 peratus.
“Pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) turut meningkat kepada 3.6 peratus pada minggu epidemiologi ke-50,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: COVID-19 dijangka tak jejaskan sektor pelancongan Kedah
Bagi vaksin COVID-19, Dzulkefly memaklumkan hanya 50 individu menerima dos penggalak pertama, semalam manakala 120 orang memperoleh dos penggalak kedua.
Secara kumulatif, beliau berkata, hanya 16.35 juta penduduk Malaysia iaitu 50.1 peratus telah menerima dos penggalak pertama sehingga semalam.
Katanya, hanya 2.5 peratus penduduk Malaysia pula telah menerima dos penggalak kedua.
“Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau situasi COVID-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.
“KKM juga menasihati orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19.
“Orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

