KEDAH yakin sektor pelanconganya tidak terjejas dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.
Exco Pelancongan Kebudayaan dan Keusahawanan, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan kemasukan pelancong khususnya di Langkawi pada musim cuti sekolah ini.
“Pada Oktober 2023 sahaja, data diperolehi merekodkan 2.2 juta pengunjung di Langkawi dan saya yakin dengan cuti sekolah ini, maka berlaku peningkatan.
“Jikalau kita pergi ke Langkawi sekarang, memang sesak dengan kehadiran pelancong,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Negeri Kedah 2023 di Stadium Sultan Abdul Halim, hari ini.
Hadir sama Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Mat Din.
Baca artikel lain: Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan
Tambah Mohd Salleh, beliau juga yakin rakyat Malaysia akan berwaspada dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah penularan jangkitan virus COVID-19 selain mengikuti langkah-langkah kesihatan ditetapkan KKM.
“Rakyat tidak perlu panik tetapi kita perlu berwaspada dengan menjaga diri masing-masing dan pakai pelitup muka ketika berada di tempat ramai.
“Kita sendiri kena ambil inisiatif itu tetapi saya yakin keadaan ini tidak akan menjejaskan aktiviti pelancongan di Kedah kerana kita telah terbiasa dengan (isu) Covid-19 itu,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

