Amaran hujan tahap bahaya dan buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok

Dari Penulis

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan itu melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Baca juga: FAMA Terengganu beli 326 tan metrik buah duku atasi masalah lambakan

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang manakala di Terengganu meliputi kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Perak (Hulu Perak), di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh negeri Perlis, juga dijangka berlaku sehingga esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This