Bunuh dan tanam di Sungai Choh, lima lagi termasuk suspek utama ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LIMA lagi individu termasuk dipercayai suspek utama disyaki terlibat dalam kes bunuh dan tanam mayat seorang lelaki di belakang rumah di Sungai Choh, Rawang ditahan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohd Nasir memaklumkan, lima individu tersebut telah ditahan dalam tiga serbuan berasingan.

Kata beliau, pihaknya menahan tiga individu termasuk dua wanita di Apartmen Desa Aman Puri, Kepong kira-kira pukul 4.40 petang dalam serbuan pertama.

Susulan serbuan tersebut, Noor Ariffin memberitahu, polis telah menahan dua lagi lelaki masing-masing di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam dan Sungai Choh antara pukul 6.15 petang dan 11 malam, semalam.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, kesemua penahanan itu menjadikan lapan suspek ditahan berhubung kes tersebut.

“Kesemua lima suspek yang berusia 19 hingga 45 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca artikel lain: 3 ditahan bantu siasatan kes bunuh, tanam mayat seorang lelaki

“Siasatan lanjut juga masih dijalankan mengenai dakwaan kejadian berlaku akibat perselisihan faham berkenaan gambar atau video bogel teman wanita mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, siasatan mendapati teman wanita mangsa dipercayai tidak terlibat dengan kejadian tersebut.

Pada masa sama, kata beliau, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati kecederaan di bahagian muka, kepala dan di seluruh badan.

Bagaimanapun punca kematian masih belum dapat dipastikan sementara menunggu keputusan ujian makmal.

Semalam, UtusanTV melaporkan tiga suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan tanam mayat seorang lelaki di Sungai Choh, Rawang, kelmarin.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan salah seorang suspek.

Hasil siasatan awal yang telah dijalankan pihak polis telah menjumpai satu mayat lelaki disyaki warga tempatan tanpa pengenalan diri yang ditanam dalam satu lubang di kawasan belukar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This