PIHAK polis menahan tiga orang suspek bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan tanam mayat seorang lelaki di Sungai Choh, Rawang, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk pada pukul 11.25 malam selepas mendakwa, terdengar pergaduhan di sebuah rumah.
Katanya, pengadu turut memaklumkan terdengar perbualan jirannya itu meminta tolong untuk membantu menanam satu mayat.
“Hasil siasatan awal yang telah dijalankan pihak polis telah menjumpai satu mayat lelaki disyaki warga tempatan tanpa pengenalan diri yang ditanam dalam satu lubang di kawasan belukar.
“Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Perwakilan Amanah mahu perbuatan ‘takfiri’ dibanteras
Tambahnya, tiga individu yang ditahan disyaki terlibat dalam kes itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 29 hingga 33 tahun.
Ujarnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan salah seorang suspek.
“Siasatan masih diteruskan dan usaha bagi mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian ini sedang dijalankan,” katanya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di talian 012-6718024 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262242.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

