Kesemua pemain Speedy Tigers sudah mula latihan hari ini

Dari Penulis

KESEMUA pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman bermula dari 13 hingga 21 Januari ini bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketua Jurulatihnya A. Arul Selvaraj berkata ia termasuk tujuh pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan mengikuti sesi latihan yang bermula pagi tadi.

“Kesemuanya sudah kembali pulih dan mula latihan hari ini. Ada yang baru pulang dari siri jelajah New Zealand dan ada yang baru pulih dari kecederaan. Walaupun mereka cedera sebelum ini mereka tetap melakukan senaman aerobik ketika pemulihan.

Untuk mereka yang baru pulih dari cedera semestinya mereka perlu ditekan dari segi kecergasan fizikal aerobik, mereka perlu bekerja keras,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya tujuh pemain Speedy Tigers dilaporkan mengalami kecederaan sekali gus menjejaskan pasukan negara dalam membuat persiapan ke kelayakan Olimpik Muscat, Oman.

Dalam pada itu, Arul berkata beliau akan menumpukan untuk mengurangkan kesalahan taktikal dilakukan anak buahnya selain memastikan pemain bijak membuat keputusan ketika beraksi di atas padang.

Baca artikel lain: Hoki: Speedy Tigers mahu kutip tiga mata jumpa Chile

“Kalau kita nak layak ke Olimpik di Oman nanti kita tak boleh buat banyak kesalahan jadi kita memang perlu mengurangkan kesilapan. Jadi fasa latihan dilakukan minggu ini adalah untuk kita fokus individual dari cara pemain buat keputusan tanpa melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata Speedy Tigers turut akan menerima khidmat profesional daripada Australia, Glenn Turner di Oman kelak sebelum perlawanan kelayakan itu bermula.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan barisan pemain utama, jurulatih kelahiran Johor itu mengakui sukar untuk membuat pilihan bagi menentukan senarai akhir barisan pemain memandangkan kesemua pemain menampilkan disiplin dan prestasi yang memuaskan.

“Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya cakap, kita akan lihat bagaimana sebab ada seminggu lagi latihan ini dan saya akan umum barisan utama pemain pada 1 atau 2 Jan depan,” katanya.

Di Oman nanti, skuad negara dijadual berentap dengan Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Jerman, New Zealand, Kanada serta Chile.

Sebagai rekod, enam tiket ditawarkan ke Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik dengan tiga di Oman dan tiga lagi di Valencia, Sepanyol.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This