Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 – Abang Jo

Dari Penulis

SARAWAK telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.

“Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.

Baca juga: Jawatan Timbalan Presiden Amanah akan dipikul dengan rasa tanggungjawab – Mujahid

“Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.

“Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas’s Cathedral hari ini.

Pada 2 Feb lepas, Abang Johari berkata Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This