TIMBALAN Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengucapkan jutaan terima kasih buat para perwakilan yang hadir dan mengundinya dalam pemilihan jawatankuasa pimpinan, semalam.
Beliau pada masa sama berjanji akan membawa Amanah menghadapi cabaran politik negara dengan menggunakan jalan rahmah yang diredhai Allah SWT.
“Alhamdulillah, berakhir sudah Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara semalam. Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir. Tahniah juga buat yang terpilih.
“Kita perlu kekalkan identiti rahmah dalam diri semasa memperjuangkan parti ini dan sentiasa mengangkat dasar Rahmatan Lil Alamin.
“Amanah sebagai Timbalan Presiden saya penuhi dengan penuh rasa tanggungjawab demi kemaslahatan parti bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Amaran hujan tahap bahaya dan buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok
Datuk Seri Mohammad Sabu semalam kekal sebagai Presiden Amanah untuk penggal ketiga apabila dipilih dalam kalangan Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi menduduki jawatan berkenaan.
Keputusan pemilihan itu turut menyaksikan Mujahid dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Kejayaan Mohamad itu sekali gus bermakna ini penggal terakhir beliau akan menerajui parti Amanah yang kini berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama PKR, DAP dan Barisan Nasional (BN).
Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Dr Siti Mariah Mahmud serta Adly Zahari.
Sebelum ini, tiga jawatan Naib Presiden disandang oleh Datuk Mahfuz Omar, Mujahid dan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Menurut perlembagaan Amanah, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang dipilih oleh perwakilan dan seseorang hanya boleh menjadi Presiden selama tiga penggal berturut-turut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

