Dua beradik warga Myanmar diburu cederakan tukang besi dengan pisau

Dari Penulis

POLIS kini memburu dua beradik warga Myanmar yang terlibat dalam kejadian mencederakan seorang tukang besi di Klang pada petang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek dikenali sebagai Tin Soe Aung, 36, dan Kyaw Win Thu, 24.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 8.53 malam.

“Dalam kejadian pukul 6.50 petang, pengadu yang bertugas di Unit Kecemasan telah menerima pesakit warga asing dengan kesan kecederaan.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 39 tahun dan bekerja di sebuah kilang fabrikasi logam dekat Kampung Jawa, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kejadian itu, Hoong Fong berkata, mangsa bersama tiga orang rakan sekerja termasuk salah seorang suspek telah berjumpa pada pukul 2 petang dan meminum minuman keras sehingga pukul 5 petang.

Setelah selesai minum, kata beliau, suspek telah datang ke arah mangsa sambil memegang sebilah pisau pemotong sayur lalu menyerang mangsa.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami cedera luka di lengan tangan kiri dan dada.

“Punca kejadian dipercayai kerana perselisihan faham antara mangsa dan adik kandung suspek,” ujarnya.

Jelasnya, suspek serta adik kandungnya telah melarikan diri dan polis kini giat mengesan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This