MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyarankan agar perkhidmatan pengurusan tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mendapat pengaplikasian digitalisasi sepenuhnya.
Dr Zaliha menerusi hantaran di media sosial berkata, PPTGWP perlu menyusun strategi yang baik agar dapat menzahirkan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga di Wilayah Persekutuan.
Menurut Dr Zaliha, beliau juga melihat terdapat keperluan penggubalan dasar-dasar yang telah lama tidak dipinda demi memastikan kelancaran proses perkhidmatan PPTGWP kepada warga Wilayah Persekutuan dapat diberikan dengan optimum.
“PPTGWP) Peneraju Pentadbiran Tanah Berteraskan Teknologi PPTGWP telah menyampaikan taklimat kepada saya berkenaan perkembangan terkini pentadbiran tanah serta membincangkan beberapa isu setempat dalam menyelesaikan isu tanah di Wilayah Persekutuan. Saya zahirkan pandangan bahawa sebagai agensi yang menyantuni keperluan rakyat, PPTGWP perlu menyusun strategi yang baik agar dapat menzahirkan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga di Wilayah Persekutuan
“PPTGWP telah menyampaikan taklimat kepada saya berkenaan perkembangan terkini pentadbiran tanah serta membincangkan beberapa isu setempat dalam menyelesaikan isu tanah di Wilayah Persekutuan.
“Saya zahirkan pandangan bahawa sebagai agensi yang menyantuni keperluan rakyat, PPTGWP perlu menyusun strategi yang baik agar dapat menzahirkan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Baca juga: Berhenti politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma – Dr Zaliha
Mengulas lanjut, Dr Zaliha turut berharap usaha penambahbaikan itu diteruskan dan dipertingkatkan lagi demi menjadikan Wilayah Persekutuan sebuah wilayah yang sentiasa maju dan sejahtera.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

