Suami terpaksa ditidurkan di ICU, Amyza Aznan mohon doa

Dari Penulis

PELAKON Amyza Aznan memohon jasa baik semua untuk mendoakan suaminya, Khairil Idzhar Mohd. Nazir yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas mengalami sesak nafas awal pagi, semalam.

Amyza,47, berkata selain mengalami sesak nafas, suaminya perlu menjalani dialisis akibat daripada buah pinggangnya yang tidak dapat berfungsi.

“Suami saya terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru menandatangani surat kebenaran tersebut pada hari ini (semalam) kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.

“Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan menyebabkan kegagalan berfungsi pada organ lain juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun itu berkongsi detik cemas ketika suaminya mengalami kesukaran untuk bernafas dan terpaksa ditidurkan.

“Suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.

“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Kira-kira pukul 7 pagi tadi (semalam), hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan,” jelasnya.

Terdahulu, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung pada Disember 2017.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This