2 minggu kehilangan Andre, Amyza Aznan dedah rutin hiba hantar doa setiap hari ke nombor arwah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEHILANGAN insan tersayang, terutamanya darah daging sendiri, merupakan satu lubang hitam yang sukar untuk ditutup kembali.

Bagi pelakon versatil, Amyza Aznan, tempoh dua minggu selepas pemergian putera sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, dirasakan bagai satu perjalanan yang penuh dengan keperitan rindu yang tiada penghujung.

Menerusi perkongsian hiba di platform Instagram Story miliknya baru-baru ini, Amyza, 50, mendedahkan bagaimana dia masih mengekalkan rutin harian dengan menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp ke nombor telefon arwah anaknya itu setiap hari.

Tindakan tersebut dilihat sebagai salah satu cara untuknya melepaskan sesak di dada dan sebagai medium untuk terus ‘berkomunikasi’ dengan memori arwah.

Dalam hantaran yang menyentuh perasaan itu, Amyza berkongsi rentetan mesej yang sarat dengan ucapan rindu serta titipan doa al-Fatihah buat Andre.

Meskipun sedar pesanan tersebut tidak akan dibalas lagi, Amyza menyifatkan perasaan itu sebagai satu kegagalan untuk dirinya terus kuat menahan gelora rindu.

“Saya gagal! Saya rindu!Anak…maaf, saya rindu sangat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Lebih meruntun hati apabila Amyza memilih lagu klasik nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, sebagai latar bunyi hantaran berkenaan, sekali gus menggambarkan suasana pilu yang sedang menyelubungi jiwanya sebagai seorang ibu.

Untuk rekod, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 23 Februari lalu.

Andre sebelum ini dilaporkan berjuang melawan penyakit kanser paru-paru tahap tiga yang dideritainya sejak setahun yang lalu.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Pemergian Andre meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat peminat seni tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga Amyza, memandangkan Andre dikenali sebagai seorang anak yang sangat rapat dengan ibunya.

Anak kedua Amyza iaitu Andrian Adam, 18, turut disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu dan difahamkan sedang menjalani rawatan alternatif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This