SELEBRITI dan usahawan Ifa Raziah sekali lagi membantu rakan artis menerusi penganjuran Star Vendor Foodstival di Ipoh, Perak.
Festival tersebut bakal berlangsung pada 30 Disember hingga 1 Januari 2024 di Stadium Indera Mulia.
Ini merupakan kali kedua Star Vendor Foodstival dianjurkan di negeri tersebut.
Seramai 40 orang artis dan pempengaruh akan terlibat menjayakan acara penutup hujung tahun ini.
Antara yang akan membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri ialah Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Nora Ariffin, Noraniza Idris, Datuk Seri Vida, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Serina Redzuwan, Syean Mokhtar Reen Rahim, Nadia Brian, Cheta Pot Pet, Nur Ristena, Lan Pet-Pet, Faezah Elai, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Han Budak Cina, Dr Dhia, Linda Eva, Fauzi Nawawi, Nisdawati dan pengacara hebat iatu Ahfad dan Kelly Azman.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran tersebbut adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
“Niat saya untuk bantu usahawan-usahawan tempatan untuk mencari rezeki terutama sekali rakan artis yang berniaga.
“Pada waktu sama, saya meihat rakan selebriti yang saya bawakan untuk kali ini semuanya yang mempunyai produk hasil tangan mereka semdiri.
“Pada tahun ini pelbagai acara menarik disajikan khas untuk pengunjung antaranya acara jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara Women To Women, Pertandingan Ratu Cilik, Karaoke Starvoice dan persembahan istimewa Ukay’s Qalam Band, dan Pretty Ugly.
“Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya pengangkutan rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia yang menyediakan dua buah kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun serta Lofty Ambition Sdn Bhd.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

