KEPUTUSAN Kerajaan Negeri Terengganu membeli 10 kenderaan utiliti sukan (SUV) yang baharu bagi menggantikan kenderaan rasmi sedia ada disifatkan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan.
Memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal memaklumkan, pembelian SUV baharu itu telah diluluskan di bawah belanjawan negeri pada tahun lalu.
Bagaimanapun, kata beliau, SUV yang dibeli pada Mei lalu itu belum lagi diagihkan termasuk kepada Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO).
Pada masa sama, Tengku Farok Hussin berkata, pembelian kenderaan baharu itu juga tidak menyalahi mana-mana peraturan.
Malah, beliau memaklumkan, ia diluluskan bersama kenderaan pacuan empat roda Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
“Pembelian kenderaan ini tidak perlu dipolitikkan kerana ia diluluskan melalui bajet tahun lalu.
Baca artikel lain: APM Hulu Terengganu tangkap ular tedung selar dalam bilik tidur
“Pembelian kenderaan Jabatan Perhutanan tidak pula dipertikaikan termasuk oleh pemimpin politik,” katanya.
Mengulas lanjut, Tengku Farok Hussin menjelaskan, menjadi kebiasaan bagi kerajaan negeri menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan termasuk EXCO.
“Ketika kerajaan negeri terdahulu, berlakunya pembelian kenderaan rasmi baharu bagi menggantikan kenderaan lama bagi menjimatkan kos penyelenggaraan,” katanya.
Terdahulu, isu pembelian SUV itu mendapat perhatian selepas gambar kenderaan itu tular di media sosial.
Kerajaan Negeri Terengganu turut digesa menjelaskan status pembelian kenderaan rasmi baharu itu yang didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan EXCO.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

