SUV terbakar dalam kemalangan tiga kenderaan di DUKE

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah Duta menghala ke Ampang, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.28 petang itu turut melibatkan sebuah lagi SUV dan kereta jenis sedan.

Menurut Mohd Zamzuri, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila SUV yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun yang sedang bergerak di lorong tengah telah melanggar kereta jenis sedan itu dari arah belakang.

“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan sedan berkenaan turut melanggar sebuah lagi SUV yang sedang bergerak di lorong kanan.

“Akibat pelanggaran tersebut, SUV yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu telah hilang kawalan, terbabas ke pembahagi jalan lalu terbakar.

“Keadaan jalan ketika kejadian dilaporkan rata dan kering dengan aliran trafik sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, kemalangan itu turut melibatkan dua lagi pemandu iaitu masing-masing lelaki tempatan berusia 69 dan 21 tahun.

Baca artikel lain: Dua rentung Honda Civic FD terbakar di Plaza Tol Jitra

Beliau memberitahu, kedua-dua pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu SUV terbakar berusia 38 tahun itu mengalami sakit di bahagian dada dan telah menerima rawatan lanjut.

“Polis trafik Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian termasuk mengambil gambar, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan merakam percakapan semua individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Ujian pernafasan (EBA) turut dijalankan ke atas pemandu SUV terbabit dan didapati negatif kandungan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This