SEBANYAK 32 kawasan di daerah Pasir Mas, Kelantan masih bergelap susulan penutupan bekalan elektrik dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akibat bencana banjir yang berlaku ketika ini.
Dalam hantaran di Facebook, TNB memaklumkan, beberapa kawasan telah disambung bekalan elektrik setakat pukul 8 pagi tadi.
TNB menjelaskan, bekalan elektrik disambung di beberapa kawasan setelah air mulai surut dan pepasangan elektrik TNB berada dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan masih terdapat 32 kawasan lagi di Pasir Mas yang belum menerima semula bekalan elektrik.
“Kawasan itu adalah Kubang Rambutan; Sekolah Menengah Ugama Al Falah; Booster Jeram Perdah; Balai Polis Jeram Perdah; Bongor; Bukit Lata; Taman Gemilang; JPS Pengkalan Rakit; Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh dan Terusan.
“Selain itu, JPS Bakat 2; Pusat Penyembelihan GP; Merbau Serongga; Serongga; Gual Pinang; Kuin Merah; Gual Nering; JPS Bendang Guchil; Sekolah Kebangsaan Gual Sitok dan Gual Sitok juga belum menerima semula bekalan elektrik.
“Turut terlibat, Kebakat; Kubang Kual; Kusar; Tasek Permai; Gual Tokdeh; Taman Desa Wira Jaya 2-3; Prima Lubok Jong 1-3; Taman Desa Wira; Taman GM Vista; Ladang Ayam Bukit Saji; Putat 7 dan Taman Rantau Baru,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Bekalan elektrik di 17 kawasan Terengganu, 40 di Pasir Mas ditutup akibat banjir
Dalam pada itu, TNB turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
“Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan.
“Sebarang aduan kerosakan boleh hubungi talian 15454 atau di Facebook TNB Careline,” katanya.
Kelmarin, TNB memaklumkan sebanyak 40 lokasi di sekitar Pasir Mas ditutup bekalan elektrik akibat banjir.
TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air serta kekotoran banjir.
“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

