Tiga lelaki termasuk warga emas curi sawit guna Myvi ditahan polis

Dari Penulis

TIGA lelaki termasuk seorang warga emas ditahan selepas dipercayai mencuri buah kelapa sawit dengan menggunakan Perodua Myvi di sebuah kebun dekat Linau, Batu Pahat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian curi pada hari Selasa.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan berusia 30 dan 66 tahun.

“Turut dirampas beberapa tandan buah sawit serta sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman selama dua hari sehingga Sabtu oleh Majistret Mahkamah Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu tular video memaparkan aksi dua pemuda cuba mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun dengan hanya menggunakan Perodua Myvi tidak kesampaian selepas dihalang seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian itu turut menyaksikan dua pemuda berkenaan mengeluarkan semula buah kelapa sawit dalam Perodua Myvi itu selepas kegiatan mereka dikesan perakam video.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This