Kenyataan minta UMNO keluar Kerajaan Perpaduan adalah fitnah golongan ‘gatal tangan’ – Akmal

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan kenyataan media palsu yang berlegar di media sosial sejak pagi tadi yang kononnya beliau menggesa UMNO keluar daripada gabungan Kerajaan Perpaduan sebagai fitnah golongan yang `gatal tangan’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata kenyataan palsu itu dilihat sengaja dikeluarkan untuk mencipta konflik antara pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata beliau tidak ambil peduli fitnah yang dilemparkan kepadanya, namun tidak memandang ringan tindakan berkenaan.

“Pagi ini ada sahabat menghantar satu kenyataan yang dibuat menggunakan nama saya.

Suka saya menyatakan di sini mana (perbandingan) kenyataan yang sebenar dan kenyataan palsu.

“Di kala saudara kita di Pantai Timur dilanda kesusahan dengan ujian banjir, (saya menasihatkan pihak tertentu itu) cukup-cukuplah berpolitik murahan seperti ini. Fokus kepada (usaha) membantu rakyat kita di bawah daripada sibuk menyebarkan fitnah yang langsung tidak menguntungkan rakyat.

“Jangan sampai rakyat bosan dengan orang politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Satu kenyataan media yang menggunakan kepala surat dan logo UMNO dan tertera perkataan Ketua Pemuda berlegar di media sosial sejak pagi tadi. kononnya ketua sayap parti itu meminta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil keputusan keluar daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.

Surat itu mendakwa, Pemuda UMNO berasakan nasihat secara baik menerusi saluran sebetulnya tidak lagi wajar dan ternyata gabungan kerajaan MADANI adalah satu formula yang merugikan UMNO.

Surat palsu itu susulan teguran Dr Muhamad Akmal terhadap kenyataan pemimpin DAP yang mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This