DUA penjenayah diburu polis selepas menyamun seorang ejen hartanah sehingga mengakibatkan kerugian RM6,000 di laluan Persiaran Pegaga, Klang semalam.
Video penuh kejadian di ⬇️
https://t.me/infoutusantv/2741?single
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, mangsa berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang jari tangan kiri dan calar di bahagian lengan akibat kejadian tersebut.
Jelas beliau, hasil siasatan mendapati mangsa telah mengeluarkan sejumlah wang tunai dari mesin pengeluaran automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Meru sebelum kejadian berlaku.
Kamalariffin berkata, mangsa kemudian menghala ke Bukit Tinggi dengan menaiki kereta jenis Mercedes untuk berjumpa dengan rakannya.
“Semasa memberhentikan kereta di Persiaran Pegaga, telah datang dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang dan kayu besbol memecahkan cermin pintu kereta sebelah pemandu dan penumpang hadapan.
“Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan beg komputer riba selepas dipaksa suspek tersebut sebelum penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Yaris berwarna silver,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Terdahulu, tular di media sosial satu video insiden samun berdurasi 56 saat memaparkan kedua-dua suspek berpakaian gelap memberhentikan dan menyerang kereta yang dipandu mangsa ketika jalan sesak di lokasi kejadian.
Kamalariffin berkata, usai kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilaksanakan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-33762222 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

