PADU kenal pasti rakyat benar-benar layak untuk subsidi bersasar – Armizan

Dari Penulis

SISTEM Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

Justeru katanya ia membolehkan kerajaan memastikan subsidi yang diberikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan diseleweng pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.

“Kita mahu subsidi kerajaan, tahun ini sahaja mencecah RM81 bilion, disampaikan adil atau diberi timbal balik melalui bantuan sosial kepada rakyat memerlukan. Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial kepada rakyat memerlukan ini akan berpandukan kepada data PADU.

Baca artikel lain: Banjir: Jumlah mangsa terus menurun, Terengganu pulih sepenuhnya – NADMA

“Ada rakyat terima bantuan kebajikan am RM300, pesakit terlantar terima bantuan RM500 adilkah atau perlukan lebih lagi, kita lihat melalui PADU. Tetapi ada subsidi diesel diberikan kepada pemilik ladang sawit bagi kenderaan mereka sedangkan (mereka) raih keuntungan banyak, kita nilai semuanya nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meluncurkan PADU Selasa ini (2 Jan) dan sistem itu akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warganegara mengesahkan dan mengemas kini data sosioekonomi mereka.

Armizan berkata dalam memastikan subsidi bersasar sampai dan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan, beliau memohon supaya semua rakyat mengesahkan serta mengemas kini data sejurus PADU dilancarkan dan tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai yang akan ditentukan jumlahnya kemudian.

Pelaksanaan dasar subsidi bersasar itu katanya tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This