Penyasaran subsidi: Manfaatkan data demi kebaikan golongan berpendapatan rendah – MCW

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MEMANFAATKAN data antara satu daripada saranan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) terhadap kerajaan bagi memastikan langkah penyasaran subsidi dapat dilaksana  tanpa ketirisan.

Presidennya, Jais Abdul Karim, selain dari data Pangkalan Data Utama (PADU), kerajaan disaran menggunakan data pendaftaran kenderaan untuk memastikan hanya kenderaan yang dimiliki oleh golongan sasaran (B40 dan M40) mendapat subsidi.

Jais dalam kenyataan hari ini berkata, pangkalan data itu harus dikemaskini secara berkala dan diselaraskan dengan agensi-agensi berkaitan.

Selain itu, pada pandangan beliau, kerajaan juga boleh menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi. 

Katanya, langkah itu boleh dilakukan dengan menghubungkan pembelian diesel bersubsidi dengan sistem pengenalan digital.

“Di samping itu, penggunaan teknologi dan digitalisasi. Implementasi sistem pemantauan berpusat untuk mengawasi penjualan dan penggunaan diesel bersubsidi. 

“Teknologi seperti blockchain boleh digunakan untuk mencatat dan mengesahkan transaksi supaya tiada manipulasi.

“Kerajaan juga boleh membangunkan aplikasi mudah alih untuk pengguna mendaftar dan mengesan penggunaan diesel bersubsidi. 

“Aplikasi ini juga boleh memberi maklum balas dan laporan langsung kepada pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Menurut Perdana Menteri, sebagai permulaan, langkah itu tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Katanya, pengecualian itu diberi kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka. 

Mengulas lanjut, Jais turut mencadangkan kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan untuk bekerjasama dengan peruncit.

Pada pandangan beliau, latihan kepada penjual runcit boleh diberikan khususnya tentang cara mengenal pasti pelanggan yang layak dan memastikan mereka mematuhi peraturan subsidi.

“Di samping itu, uudit dan pemeriksaan berkala di stesen minyak dan tempat jualan diesel untuk memastikan tiada penyalahgunaan. 

“Penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap sebarang ketidakpatuhan perlu dilaksanakan.

“Kerajaan juga perlu menyediakan saluran aduan khas untuk masyarakat melaporkan sebarang ketirisan atau penyelewengan dalam penyaluran subsidi,” katanya.

Jais menambah, kerajaan juga perlu melaksanakan kempen kesedaran untuk mendedahkan golongan sasaran tentang hak mereka dan cara mendapatkan subsidi diesel. 

Katanya, cara itu boleh mengurangkan peluang untuk manipulasi dan penyelewengan oleh pihak ketiga. 

“Mungkin pendaftaran PADU perlu dibuka semula dan boleh didaftarkan pada bila-bila masa.

“Melalui pendekatan ini, baru lah rakyat dapat diyakini bahawa subsidi diesel disalurkan dengan betul kepada mereka yang benar-benar memerlukan, dan mengurangkan kemungkinan ketirisan yang boleh menjejaskan keberkesanan program tersebut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This