11.55 juta kemaskini PADU, dibuka semula tempoh singkat jika ada keperluan – Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 11.55 juta atau 52.6 peratus warganegara berusia di atas 18 tahun telah pun mendaftar dan mengemaskini profil diri dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) apabila berakhirnya tempoh pendaftaran pada 11.59 malam tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam kenyataan berkata, secara keseluruhan, sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun yang berjaya dikemaskini dalam sistem PADU.

Menurut Rafizi, Kementerian Ekonomi akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada Jemaah Menteri, bulan ini.

Jelasnya, sebarang pengumuman berkenaan hal itu akan diumumkan kerajaan pada masa akan datang.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanakan PADU.

“Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup.

Baca artikel lain: Pendaftaran PADU naik mendadak, kini cecah 9.84 juta

“Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan penghargaan saya kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif untuk mendaftar PADU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi turut memaklumkan, Kementerian Ekonomi akan membuka semula pendaftaran dan pengemaskinian PADU untuk tempoh yang singkat sekiranya ada keperluan.

Beliau berkata, ia akan dilakukan setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar.

“Kepada warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran yang sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi,” katanya.

Berdasarkan statistik peratusan pendaftaran PADU mengikut negeri, Perlis menjadi negeri dengan peratusan pendaftaran tertinggi dengan 66.9 peratus daripada penduduk diikuti Kelantan (65.2 peratus) dan Terengganu (62.7 peratus).

PADU adalah pangkalan data utama yang mana ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This