SELANGOR yakin mengenal pasti golongan miskin tegar tercicir dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) menerusi kemas kini dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibuat oleh penduduk di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan statistik terkini eKasih, jumlah miskin tegar di Selangor berbaki 245 keluarga.
“Jumlah miskin tegar ini campur (termasuk miskin bandar), pokoknya ini yang berdaftar dengan eKasih. Pastinya ada yang tercicir.
“(Jadi) dengan pendaftaran PADU, kita akan dapat mengenalpasti mereka yang tercicir selepas semua data dilengkapkan.
“Supaya kita dapat memastikan gambaran sebenar (kemiskinan) itu dapat dipadankan dengan maklumat dalam pangkalan data kita,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Logo Platform Selangor (PLATS) BIAYA di Foyer Bangunan SUK hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkaitan bagi membantu golongan miskin terutama miskin tegar di Selangor.
“Kita akan bantu kesemua mereka yang ada dalam senarai eKasih. Kalau kita cakap, semua orang miskin sudah habis, pasti orang tidak percaya.
“(Ini kerana) realitinya ada di sana sini sebab sebahagiannya baru bermula miskin, baru termasuk dalam kategori itu,” katanya.
Dalam pada itu beliau yakin jumlah 245 keluarga miskin tegar itu dapat dimuktamadkan bulan depan.
“Laporan pada Februari, daripada 7,000 keluarga tinggal 861 yang didaftarkan dan dapati mereka miskin mutlak ataupun miskin tegar memerlukan sokongan dan bantuan.
“Daripada 861 itu, kita melakukan semak silang semula dengan beberapa agensi dan jumlahnya menjadi 245.
“Hari ini dengan inisiatif kerajaan negeri, kita percaya menjelang Julai ini …semua yang miskin tegar itu akan dihapuskan dengan formula yang kita sudah bantu,” katanya.
Katanya, Sepang menjadi daerah pertama yang berjaya hampir 100 peratus keluar dari kemiskinan di Selangor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

