Kakitangan sokongan KDN FC dakwa sudah 7 bulan tak dibayar gaji

Dari Penulis

KAKITANGAN sokongan pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mendakwa gaji mereka tidak dibayar sejak tujuh bulan lalu.

Sumber mendakwa, walaupun tindakan itu amat memalukan, mereka tidak mempunyai pilihan kerana situasi semakin mendesak.

“Tujuh bulan kakitangan bekerja tanpa dibayar satu sen pun. Pendedahan ini dibuat selepas dah hilang sabar dengan sikap pihak pengurusan yang seolah-olah lepas tangan.

“Bagi mereka, mungkin satu rahmat apabila kakitangan sokongan masih lagi meneruskan kerja walaupun tidak dibayar, namun bagi saya, tindakan ini zalim.

“Pengurusan tidak sepatutnya lepas tangan. Kalau sebulan dua, boleh terima…ini tujuh bulan. Ingat kakitangan sokongan ini bekerja secara percuma?” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Kata sumber, lebih menyedihkan ada dalam kalangan kakitangan terpaksa menggunakan wang syiling untuk mengisi minyak motosikal disebabkan oleh tunggakan gaji itu.

Baca artikel lain: Cinta ditolak punca wanita dan bapanya maut ditikam

Ujarnya, bukan itu sahaja, ada juga yang terpaksa menyorokkan kenderaan mereka disebabkan bayaran bulanan tertunggak.

“Pengurusan KDN FC dilihat lebih menjaga kebajikan pemain Liga Super kerana mereka tidak berdepan masalah gaji, tapi membiarkan kakitangan sokongan yang merupakan tulang belakang pasukan terkapai-kapai tanpa pembelaan,” katanya lagi.

Sumber memberitahu, kakitangan terbabit sebelum ini pernah menyuarakan perkara tersebut kepada pihak pengurusan namun mereka memberitahu dalam tindakan.

Ujarnya, lebih memburukkan lagi situasi majikan turut didakwa tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun pemotongan bayaran itu jelas tertera dalam slip gaji sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This