Langkah Dubai: ‘Saya berada di Makkah dan Madinah tunai umrah’ – Ismail Sabri

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa beliau terlibat dalam gerakan yang dipanggil sebagai ‘Langkah Dubai’ kononnya untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan, dirinya berada di Tanah Suci ketika dakwaan itu dikeluarkan dan bukan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu (gerakan menjatuhkan), saya tidak terbabit, malah tidak juga ada di sana (Dubai).

“Ketika (dakwaan) itu saya berada di Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop dilaporkan, mendakwa wujud satu gerakan yang sedang dirancang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didalangi pemimpin parti pembangkang bersama wakil kerajaan.

Baca artikel lain: Jepun: Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi magnitud 7.6

Ismail mendakwa, rancangan digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN), termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota UAE, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau sudah pulang ke tanah air sejak semalam dan tidak berada di lokasi sedemikian atau menemui mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Pada 24 Disember lalu, saya tiba di Madinah dari Kuala Lumpur. Dua hari selepas itu (26 Disember) saya ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

“Kelmarin, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Makkah dan tiba ke Kuala Lumpur kira-kira pada waktu awal pagi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This