Terpalit pelbagai isu tak halang Shuib buka restoran, House of Patin Melaka jadi tumpuan ramai – “Berundur sebagai penyampai radio tapi saya…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK dan usahawan Shuib meletakkan sasaran tahun ini untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakannya.

Selepas mengundurkan diri daripada kerusi penyampai radio di Suria FM, Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, mengakui kini beliau lebih serius untuk mencipta penanda aras dan kelainan dalam bisnes yang dibangunkannya.

Selepas berjaya dengan perniagaan minuman jenama Bubble Bee, kini dia melangkah setapak lagi dengan membuka restoran House Of Patin Melaka di Kampung Hulu, Melaka.

Perniagaan yang baharu dibuka sebulan lalu itu merupakan ‘cinta’ Shuib yang terkini dan bersyukur ia mendapat sambutan mengalakkan daripada pelanggan.

“Saya buka restoran ini bersama dengan dua rakan kongsi iaitu Max Koh dan Ahmad Dinar. Mereka merupakan pengaas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.

“Menu patin tempoyak memang makanan kegemaran saya. Kebetulan dua rakan kongsi saya meluahkan niat untuk membuka cawangan di negara lain.

“Saya cari peluang itu untuk kami bekerjasama dan alhamulillah inilah hasilnya selepas setahun kami berbincang.

“Kami bawakan menu asli dengan pelbagai ikan daripada jenis biasa hingga kayangan. Yang penting harga yang kami tawarkan mesra poket,” katanya.

Majlis perasmian Restoran House of Patin Melaka disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Biarpun tahun lalu Shuib diuji dengan isu kelewatan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada pekerjanya, namun ia tidak sedikit pun menjadi batu penghalang untuk dia meluaskan empayar perniagaannya.

“Saya jadikan apa yang berlaku tahun lalu sebagai pengajaran untuk saya lebih mendalami isu pengurusan perniagaan.

“Mungkin ada yang saya terlepas pandang sehingga berlakunya isu lewat bayar KWSP. Saya jadikan itu pengalaman yang tak akan saya ulangi lagi.

“Apa saja yang kita lakukan pasti akan berdepan cabaran dan dugaan…itu biasa. Saya akan terus ke depan. Insya-Allah,” ujarnya.

Restoran House Of Patin menawarkan pelbagai menu ikan serendah RM13 untuk patin goreng sehingga patin buah pada harga RM28 bagi setiap 100 gram.

Rumah makan itu turut menyediakan jenis ikan kelah pada harga RM420 bagi setiap 100 gram, talapia, kerai dan hidangan set bermula RM20 sehingga RM310.

Bercakap soal kerjaya seni, Shuib menjelaskan dia tidak pernah meletakkan titik penamat dalam bidang tersebut.

Sekiranya khidmatnya masih diperlukan dalam industri, dia sentiasa terbuka untuk mengambil bahagian.

“Saya masih aktif dalam bidang seni walaupun sudah berundur diri sebagai penyampai radio. Minat saya masih ada dalam program hiburan.

“Cuma ketika ini saya sibuk menguruskan bisnes sehingga memerlukan saya ke luar daerah yang mungkin menyukarkan untuk terima sebarang kerja seni.

“Tapi sekiranya saya tidak terikat dengan urusan perniagaan, saya boleh saja terima apa saja tawaran seni,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This