Gempa bumi di Jepun, Awal Ashaari & keluarga okay – “Tak rasa apa-apa pun dekat sini…,”

Dari Penulis

SELEBRITI, Awal Ashaari yang ketika ini sedang bercuti di Jepun bersama keluarga memberitahu mereka kini berada dalam keadaan baik susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Ahad lalu.

Jelas Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari,42, ketika kejadian, mereka berada dałam kereta api.

“Beberapa kawasan di Jepun ada gempa bumi dan ketika kejadian, kami sekeluarga berada dalam metro.

“Tak rasa apa-apa pun dekat sini. Tapi bila kami lihat berita dan video, ia agak teruk.

“Ada kawan kami yang berada di Jepun merasai gegaran dari bilik hotel mereka,” tulisnya di Instagram story.

Kongsi Awal lagi, masyarakat di negara matahari terbit itu meneruskan aktiviti harian seperti biasa kerana menganggap bencana gempa bumi itu sudah sebati dalam kehidupan mereka.

“Alhamdulillah kami sekeluarga okay dan terima kasih kepada semua yang prihatin dan bertanyakan khabar kami.

“Di Tokyo, semua orang teruskan kehidupan harian seperti biasa sebab mereka sudah biasa dengan kejadian tersebut.

“Semoga kita dipelihara dan semoga Allah lindungi kami. Dan semua yang berada di bumi matahari terbit ini. Insya-Allah,” katanya.

Awal berada di Jepun bersama isteri, Scha Alyahya dan dua orang anaknya iaitu Lara Alana serta Lyla Amina sejak Sabtu lalu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This