Wang dipercayai punca majikan maut ditikam pekerja

Dari Penulis

Seorang ahli perniagaan wanita  maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam  oleh pekerjanya dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu, dekat Ipoh hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Lee Siew Lean berusia 49 tahun, seorang pengusaha sebuah kedai telefon bimbit. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10.55 pagi.

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit telah meninggal dunia di tempat kejadian disyaki ditikam oleh pekerjanya.

Teman lelaki mangsa berusia 42 tahun turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata suspek seorang lelaki berusia 54 tahun turut mengalami kecederaan dan berjaya ditahan pihak polis. 

“Punca kejadian dipercayai adalah akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan antara mangsa dengan suspek,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mohd Yusri berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.  dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman.

“Pihak siasatan akan melengkapkan siasatan kes ini dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This