TIGA lelaki yang ditahan kerana disyaki menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, petang semalam direman selama dua hari hingga esok.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, tiga lelaki berusia lingkungan 31 hingga 35 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam.
Menurut Mohd Iqbal, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat pada pukul 6.10 petang oleh seorang lelaki bertugas sebagai Pembantu Operasi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu melalui pondok pos pengawal utama.
Bagaimanapun, kata beliau, ketiga-tiga lelaki itu tidak mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaan negeri.
“Bertindak atas maklumat, tangkapan ke atas kesemua suspek telah dibuat bersama rampasan sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang digunakan suspek.
Baca artikel lain: Dua lelaki warga asing ditahan selepas langgar polis ketika SJR
“Kesemua lelaki itu bekerja sebagai pengamal media di sebuah media tempatan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Kesemua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal memberitahu siasatan dijalankan mengikut seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765,” katanya.
Semalam, tular rakaman di laman X yang memaparkan tiga lelaki ditahan selepas didakwa menceroboh kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

