Suspek kes gangguan seksual di dalam tren ditahan, direman 2 minggu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG suspek yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual di dalam tren berjaya ditahan oleh pasukan Polis Bantuan Prasarana.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan suspek merupakan warga asing yang berusia dalam lingkungan 19 tahun telah ditahan ketika operasi mengesan dijalankan.

“Tangkapan ini dibuat susulan laporan saksi pada 8 April 2026 yang mendakwa seorang lelaki telah menganggu seorang penumpang wanita di dalam tren Laluan Kelana Jaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan juga dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual yang berlaku di Stesen Kuchai, Laluan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rapid Rail menambah, tindakan pantas Polis Bantuan Prasarana yang mengesan dan menahan suspek dalam kurang dari 24 jam, mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan mereka dalam memastikan keselamatan pengguna.

“Suspek telah dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan selanjutnya. Pihak Rapid Rail akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan,” katanya lagi.

Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL menyeru semua pengguna agar segera membuat laporan sekiranya melihat atau menjadi mangsa sebarang gangguan supaya tindakan pantas dan sewajarnya dapat diambil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook berkata, suspek telah ditahan kelmarin dan direman sehingga 24 April depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Cabul) dan Seksyen 6(1) Imigresen 1954 (Tidak Memiliki Dokumen Perjalanan Yang Sah).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This