Polis tahan pemandu Jaecoo J7 lawan arus di Lebuh Raya Persekutuan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki yang dikesan memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jaecoo J7 melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.09 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang.

“Kenderaan jenis Jaecoo J7 berwarna putih itu dikesan telah dipandu secara melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan kereta Perodua Myvi yang berada di laluan tersebut.

“Pemandu Perodua Myvi iaitu seorang wanita tempatan tidak mengalami kecederaan.

“Seorang lelaki tempatan yang memandu Jaecoo J7 itu pula telah ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin turut meminta orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, sebuah rakaman memaparkan tindakan pemandu Jaecoo J7 berpatah balik dan melawan arus di tengah kesesakan Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Kejadian tular itu membuatkan tindakan pemandu Jaecoo J7 itu menerima kecaman orang ramai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This