31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota

Dari Penulis

JABATAN Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam tadi dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.

Operasi bermula pukul 9.30 malam itu berakhir pada 11 malam dengan menumpukan di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 50 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 15(1) c Akta Imigresen 1963 kerana tinggal lebih masa dan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Baca artikel lain: Hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin hari ini

“Pendatang tanpa izin yang ditahan melibatkan seramai empat orang warga Indonesia, Bangladesh (lapan), India (enam), Pakistan (empat), Nepal (empat), Filipina (tiga) Afganistan dan Syria masing-masing seorang,” katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan di KLCC malam tadi.

Seramai 42 anggota terlibat dalam operasi berkenaan selain dibantu empat petugas Jabatan Pendaftaran Negara.

Jafri berkata operasi malam ini dijalankan hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam berhubung kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi,” katanya.

Dalam pada itu Jafri memberi amaran JIM akan terus meningkatkan operasi bagi memastikan ibu negara bebas daripada pendatang tanpa izin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This