Dua warga Indonesia ditahan, dalang utama sindiket cap palsu Imigresen

Dari Penulis

JABATAN Imigresen (Imigresen) menahan dua lelaki warga Indonesia, dikenali sebagai Padi dan Amir, dipercayai dalang utama sindiket yang menyediakan ‘perkhidmatan Imigresen’ palsu.

Menurut jabatan tersebut, kedua-duanya menawarkan ‘endorsement’ (pengesahan) masuk dan keluar Imigresen bagi warganegara Indonesia yang berada di Lembah Klang serta tingggal lebih masa di negara ini.

“Kita menjalankan Operasi Khas pada 5 Mei lalu di dua lokasi di sekitar Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur dan Taman Dagang, Ampang, Selangor.

“Operasi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya,” jelasnya dalam kenyataan.

Imigresen menambah, berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan selama satu bulan, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi dan menahan dua lelaki warga Indonesia berusia 52 tahun dipercayai dalang utama sindiket.

Katanya, semakan awal mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi menyita 20 unit cap keselamatan Jabatan Imigresen yang dipercayai palsu selain 16 pasport Indonesia, empat Surat Perjalanan Laksana Paspor Indonesia, dua unit telefon bimbit.

“Selain itu satu unit komputer riba, mesin pencetak dan mesin pengimbas.

“Turut disita, kenderaan jenis Proton Exora dan Nissan Almera yang digunakan oleh sindiket ini,” katanya.

Katanya, suspek bernama Amir pernah ditahan pada Jun tahun lalu atas kesalahan yang sama dan telah dihantar pulang ke negara asal serta disenarai hitam dalam sistem Imigresen.

“Namun suspek dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk yang tidak diwartakan.

“Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak setahun lalu menggunakan platform WhatsApp, Telegram dan TikTok untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran RM100 hingga RM350 bagi setiap pengesahan dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian.

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This