UMNO diyakini mampu terus berada di hati rakyat sekiranya ahli dalam kalangan parti saling bersatu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya, kesatuan adalah kekuatan utama parti berteraskan orang Melayu itu untuk mendepani cabaran masa hadapan yang tidak menentu.
“Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO yang saya mulakan tahun lalu diteruskan dengan bertemu kepimpinan UMNO Bahagian Cameron Highlands yang diterajui Menteri Besar YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.
“Saya melihat kebersamaan dan kesatuan Bahagian ini dan UMNO Negeri Pahang secara keseluruhannya wajar dicontohi untuk kita mendepani cabaran mendatang.
Baca artikel lain: Polis tahan 2 lelaki disyaki terlibat pecah rumah di Taiping
“Kerana saya percaya melalui kekuatan sebeginilah, kita dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik seterusnya meletakkan UMNO di tempat yang terbaik di hati rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, meskipun tahun sudah berubah namun matlamat beliau tetap sama iaitu mahu melihat parti terus diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi.
“Teruskan perjuangan ini buat sahabat-sahabat di Negeri Pahang. Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan memudahkan perjuangan kita bersama. Insya-Allah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

