Hamzah nafi PN mengadap Agong bersama 118 SD

Dari Penulis

PEJABAT Ketua Pembangkang menafikan, kenyataan tular yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 118 Ahli Parlimen menyokong Perikatan Nasional (PN) bersama dengan Akuan Bersumpah (SD).

“Ini berita palsu,” kata Pejabat Datuk Seri Hamzah Zainudin secara ringkas seperti dilapor Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan, berlegar di kumpulan Whatsapp hari ini yang menyebut menyebut PN menjunjung kasih kepada Agong dalam usaha pembangkang menyelamatkan negara.

Katanya, PN yakin perkara berkaitan pembentukan pentadbiran baharu akan dimuktamadkan selepas menghadap Agong.

Baca artikel lain: MBMB cadang konsep uptown bantu peniaga Medan Samudera

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima menghadap sehingga baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari depan.

Baginda bertitah ini melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah Sultan Johor seperti yang dihebahkan Royal Press Office (RPO).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This