ORANG ramai dijemput ke Rumah Tangsi, Kuala Lumpur hari ini bagi memeriahkan karnival MoodaFest 2024 anjuran Kretip Malaya.
Pengerusi Kretip Malaya, Nur Fazzila Rahim berkata, bertemakan nostalgia kembali ke sekolah, mereka yang hadir dijemput menggayakan pakaian seragam sekolah bagi menghangatkan lagi suasana karnival.
Katanya, karnival menghimpunkan banyak pilihan gerai jualan daripada vendor terkemuka antaranya Suka Dessert, Food Bites, HE.Butter dan pelbagai makanan serta minuman viral yang menarik.
Selain itu, kata Nur Fazzila, acara turut diserikan dengan gerai jualan peniaga lokal antaranya NOBAT, Nita Cosmetics, Nyonya Batik dan Kurlasik.

Baca artikel lain: Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
“Penganjuran karnival tahunan ini membuka tirai dengan beberapa kelas forum bertepatan dengan tema MoodaFest 2024: Nostalgia Zaman Sekolah.
“Memaparkan tiga kelas forum terbuka kepada orang awam melibatkan tiga kategori utama iaitu kepimpinan, keusahawanan serta kesihatan mental.
“Para panel terlibat dibarisi wanita muda bekerjaya di dalam bidang masing masing antaranya Izzana Salleh yang merupakan Co-Founder NGO Girls 4 Girls dan Presiden Mental Illness Awareness and Support (MIASA), Anita Abu Bakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Turut hadir bagi menjayakan program sulung anjuran Kretip Malaya ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Lebih menarik, katanya lagi, orang ramai akan dihiburkan dengan persembahan barisan artis popular antaranya Bunkface, Bunga Isme, kumpulan FLQ dan ORKES A Hizadin bermula pukul 7.45 malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

