Geng curi Honda EX5 di Pasir Puteh tumpas, tiga calon SPM ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GENG curi motosikal jenis Honda EX5 berjaya ditumpaskan selepas tiga pelajar sekolah yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan dalam serbuan, Sabtu lalu.

Tiga suspek berusia 17 tahun itu ditahan susulan giat menjalankan kegiatan mencuri motosikal Honda EX5 di sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria memaklumkan, ketiga-tiga suspek yang ditahan melalui maklumat yang diperoleh telah mengaku terlibat dalam beberapa kes mencuri motosikal.

Menurut Zaizul Rizal, kesemua remaja lelaki itu mengakui terlibat sejak awal bulan Disember lalu dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX5.

“Modus operandi digunakan adalah dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum melerai dan mengambil komponen motosikal itu untuk diniagakan.

Baca artikel lain: 3 ditahan disyaki larikan pelajar sekolah di Kepong

“Tangkapan yang dijalankan juga telah membawa kepada rampasan empat rangka motosikal yang dijumpai dalam anak sungai di daerah Pasir Puteh.

“Hasil semakan yang dijalankan terhadap kesemua rangka motosikal yang dijumpai mendapati kesemuanya masih dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Zaizul Rizal berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, kata beliau, hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga remaja tersebut didapati negatif dadah.

Beliau memberitahu, hasil semakan juga mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga Rabu ini telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk siasatan lanjut terhadap kesemua suspek,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This