Kadar panggilan terputus berjaya dikurangkan sehingga 74 peratus – Menteri Komunikasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Madani menerusi Kementerian Komunikasi berjaya menurunkan kadar panggilan terputus bagi setiap rangkaian mudah alih dalam lingkungan 10 hingga 74 peratus.

Perkara itu menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berjaya dilakukan hasil inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertemu dengan penyedia rangkaian mudah alih dan Digital Nasional Berhad (DNB) pada 14 Disember lalu.

Jelas beliau, MCMC pada hari ini juga telah menjalankan ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) untuk menilai isu panggilan terputus bagi rangkaian mudah alih dalam negara.

Menurut Fahmi, dapatan daripada ujian itu menunjukkan kualiti perkhidmatan selular adalah sangat baik dan tiada panggilan terputus yang direkodkan oleh kesemua penyedia perkhidmatan.

“Kerajaan memandang serius isu panggilan terputus ini dan mahu ianya ditangani segera demi kepentingan rakyat.

“Selain daripada pihak pengendali rangkaian mudah alih 4G mengoptimumkan rangkaian mereka, DNB juga telah mengaktifkan fungsi Call Reestablishment (CRE).

“Ini adalah untuk liputan LTE700 dalam rangkaian 5G bermula dari 21 Disember sehingga 29 Disember 2023 untuk kesemua tapak 5G di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Putrajaya hari ini.

Baca juga: Caruman Perkeso untuk pengamal media termasuk ‘stringer’ perlu disegerakan – Fahmi

Terdahulu, Fahmi dan Timbalannya Teo Nie Ching dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya.

Ujian itu dibuat dengan tujuan menguji capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dalam menangani isu berkenaan yang menjadi rungutan beberapa pihak sebelum ini. 

Fahmi berkata, kerajaan memandang serius isu berkenaan yang sering kali dibangkitkan oleh pengguna dan mahu ia ditangani segera demi kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi tempoh antara 1 Jan 2023 hingga 13 Dis 2023, hasil pengauditan yang dijalankan oleh MCMC menunjukkan sebanyak 1,837 panggilan terputus telah direkodkan termasuk kes yang berlaku di luar kawasan liputan.

Beliau berkata berdasarkan ujian pada hari ini, laporan analisis menunjukkan tiada panggilan terputus direkodkan sepanjang perjalanan kira-kira 45 minit itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This