Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Chegu Bard, Salim Iskandar

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS berkemungkinan akan memanggil blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard dan pempengaruh media sosial, Salim Iskandar berhubung Langkah Dubai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga lelaki itu akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan ke atas gerakan menumbangkan kerajaan yang disifatkan sebagai aktiviti yang akan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, pihak polis telah membuka kertas siastan selepas menerima sebanyak 43 laporan di seluruh negara berhubung gerakan tersebut.

“Antara lain suspeknya juga adalah Raja Petra Kamarudin yang berada di luar negara. Dia telah bercakap mengenai isu menggulingkan kerajaan sejak lebih 10 hari lalu.

“Mungkin kita tidak dapat (panggil) Raja Petra kerana dia di Manchester. Namun kita akan panggil Papagomo, Chegu Bard dan Salim Islandar bagi mendapatkan keterangan.

Katanya, kertas siasatan dibuka bagi kes itu mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Ketika disoal mengenai dakwaan Raja Petra bahawa dia telah menyerahkan senarai Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan kepada pihak polis, Razarudin menafikan dakwaan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan mengenai Langkah Dubai yang didakwa dirancamg oleh segelintir pemimpin politik parti pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semalam, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan polis berhubung gerakan Langkah Dubai bagi menamatkan sebarang spekulasi yang boleh mencetusakan keresahan rakyat dan juga kesan kepada keyakinan pelabur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This