MB Kedah akan dipanggil bantu siasatan kes rasuah KFA

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Sumber SPRM pula berkata siasatan dilakukan selepas suruhanjaya itu menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persatuan bola sepak itu berjanji akan memberikan projek pembinaan serta perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

“Bagaimanapun, selepas kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek seperti dijanjikan individu terbabit,” katanya.

Baca artikel lain: CEO KFA dilepaskan dengan jaminan SPRM

Sumber itu juga berkata kontraktor tersebut telah membuat laporan kepada SPRM selepas merasakan ditipu oleh individu terbabit.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan SPRM mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat individu berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun termasuk Ketua Pegawai Eksekutif KFA bagi membantu siasatan dalam kes meminta dan menerima rasuah lebih RM6 juta pada 2020.

Menurut sumber, wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Pihak KFA mengesahkan bahawa CEO persatuan itu Zulkifli Che Haron telah ditahan reman namun dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberi keterangan bersama tiga individu lain.

Semalam, Muhammad Sanusi yang juga Presiden KFA berkata beliau sedia memberi kerjasama jika dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This