Kerajaan MADANI terus perkasa SPRM sebagai institusi berwibawa – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI akan terus memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati.

Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, semalam.

Menurut Perdana Menteri, langkah memperkasa SPRM itu dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.

Katanya, usaha itu demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga telah menberi penekanan terhadap SPRM dalam usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This