APA juga tangkapan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bergantung kepada hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, proses triangulasi sedang dilakukan dalam mencari bahan bukti dan petunjuk baharu kes berkenaan.
“Semuanya (potensi suspek yang akan ditangkap) bergantung kepada maklumat dan analisa yang kita terima lebih awal dan yang akan diterima atau sudah terima.
“Itu akan menentukan sama ada seseorang itu boleh ditahan dan cukup bukti untuk menahannya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Baca artikel lain: Polis saman lelaki halang bomba di laluan kecemasan
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan kes Zayn Rayyan sudah melebihi 90 peratus dengan tumpuan kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul ketika siasatan.
Beliau turut menyatakan kemungkinan melakukan tangkapan ke atas suspek yang dirasakan bertepatan dengan lebih 50 peratus kebarangkalian berdasarkan keterangan.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, polis tidak akan berhenti berusaha menyelesaikan kes berkenaan sehingga pelakunya dihadapkan ke muka keadilan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas semua input diberikan. Kami juga menilai maklumat ini kerana ia memberi kami beberapa perspektif awam yang kami fikir patut diteliti.
“Sama seperti orang awam, pegawai saya juga terkesan dengan kes itu. Mereka sangat bermotivasi, sehingga hari ini mereka masih berada di lapangan, cuba memproses segala-galanya di bawah pimpinan Ketua Polis Selangor.
“Tetapi biarlah saya katakan ini…. kami tidak berhenti dan kami tidak akan berhenti. Kami telah berusaha, dan sebagai umat Islam, marilah kita berdoa bersama-sama. Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita dan semoga orang yang melakukan jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

