SEORANG murid sekolah cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pelangi Semenyih 2, Kajang pada 12.15 tengah hari semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3091
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Proton Saga yang mengalami masalah brek gagal berfungsi dengan baik.
Beliau berkata, akibat kemalangan, pemandu Saga telah melanggar sebuah bas sekolah dan kereta BMW.
“Seorang murid sekolah didapati cedera ringan dan terdapat kerosakan pada kenderaan.
“Bagaimanapun, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kekecohan itu yang turut tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, individu yang terlibat diminta membuat laporan polis dan tidak mengambil tindakan sendiri seperti kesalahan jenayah memukul.
Kes kemalangan trafik ini disiasat di bawah Rule 17 167/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Narol di talian 019-5807115.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

