Cadangan Zahid gubal RUU halang tukar kerajaan kenyataan orang terdesak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CADANGAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu digubal bagi menghalang pertukaran kerajaan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan sebagai kenyataan orang terdesak.

Malah, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa cadangan itu disifatkan tidak masuk akal.

Menurut Takiyuddin, Pas tertanya-tanya apakah faktor mendorong seorang pemimpin kanan dan veteran seperti Ahmad Zahid boleh membuat cadangan yang disifatkannya begitu novis.

Kata beliau, perkara itu menimbulkan persoalan terutama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mendakwa bahawa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di Parlimen.

“Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi.

“Sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai Presiden UMNO walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti tersebut?

“Setelah berdepan konflik berterusan dalam UMNO dalam susulan tindakan itu, apakah Zahid kini berasa layak untuk mengheret negara ke dalam krisis sama dengan berselindung di sebalik kata-kata hikmat ‘kepentingan rakyat dan negara’ pula selepas menggunakan helah keramat ‘kepentingan ahli dan parti’ sebelum ini?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tiada jaminan usul undi tak percaya diterima, kata Fadhli

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pertukaran kerajaan di luar PRU menjadi suatu perundangan dan amalan yang telah selesai adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selaras prinsip demokrasi.

Jelas beliau, perkara itu bukan sahaja diamalkan di negara ini tetapi semua negara yang lain dengan syarat pihak-pihak yang mencabar kedudukan kerajaan sedia ada dapat membuktikan sokongan majoriti yang diterima sama ada di Parlimen atau melalui saluran lain yang dibenarkan undang-undang.

Beliau memberitahu, Perlembagaan sangat jelas dalam hal itu dan telah dimaklumi bahawa semua syarat sokongan majoriti menjadi asas pembentukan sebuah kerajaan secara sah sama ada susulan PRU atau pada bila-bila masa lain.

“Pas percaya peruntukan Perlembagaan berhubung perkara ini dan amalan berkaitnya di serata dunia adalah selari dengan idea demokrasi itu sendiri iaitu sesebuah kerajaan hanya akan dianggap sah selagi ia menikmati sokongan majoriti.

“Justeru, sebarang usaha untuk menyekat atau memandulkan prinsip teras itu sama ada melalui undang-undang baharu seperti yang dicadangkan atau tindakan-tindakan tidak demokratik lain adalah tertolak serta terbatal secara muktamad,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas PRU mentadbir dan bertahan hingga akhir penggalnya.

Beliau berkata, dengan undang-undang itu jika diperkenalkan, kerajaan akan dapat memfokus mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This